kesilapan untuk memilih
membuatkan penyesalan
ketelitian memang susah di awalnya
tapi kegembiraan akan tiba bila sampai waktunya
andai kesilapan telah berlaku
ambillah sebagai pelita dunia di masa depan
bukan anggap enteng
kerana itulah dunia
hidup penuh dengan susun silang kata
sesiapa yang inginkan kepuasan
maka carilah
sesiapa yang hanya pandang enteng
maka hancurlah
diri ini
selalu inginkan kepastian
dalam apa jua yang dilalui
walau sekecil zarah pun
hingga kadang-kadang merasakan apa yang dilakukan
tiada penghujungnya
tiada kebaikannya
tiada sekelumitpun akan membuat diri lebih hebat
tapi
sudah menjadi kitar hidup
ingin tahu
kepastian dalam suatu agenda.
No comments:
Post a Comment